PENGENALAN SURAU FATIMAH AZ ZAHRAH
Surau Fatimah Az-Zahrah telah dibina pada tahun 2000 dengan kerjasama JKKK, PIBG dan sekolah. Peruntukan pembinaaan surau ini adalah hasil dari sumbangan banyak pihak dengan kerjasama dari penduduk setempat. Ia telah dibina oleh Razaf Canstruction Sg. Rambai Melaka.
MISI
Surau Fatimah Az-Zahrah telah dibina pada tahun 2000 dengan kerjasama JKKK, PIBG dan sekolah. Peruntukan pembinaaan surau ini adalah hasil dari sumbangan banyak pihak dengan kerjasama dari penduduk setempat. Ia telah dibina oleh Razaf Canstruction Sg. Rambai Melaka.
Surau Fatimah Az-Zahrah merupakan syiar Islam
di sekolah. Pembinaannya bukan sekadar sebagai tempat untuk melaksanakan ibadat
solat semata-mata sama ada secara individu atau berjamaah tetapi ia berfungsi
sebagai pusat kegiatan Pendidikan Islam di sekolah. Pengurusan surau yang
sistematik dan berkualiti dengan pelbagai program yang telah diatur dan
dilaksanakan akan dapat melahirkan golongan pelajar yang memahami dan
menghayati Islam secara syumul dalam kehidupan seharian.
RASIONAL
- Surau Fatimah Az-Zahrah adalah syiar dan imej Islam di sekolah yang perlu diberi perhatian.
- Menggerakkan aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
- Menarik minat pelajar-pelajar untuk berada di surau dan memanfaatkan setiap detik semasa berada di surau.
- Menggalakkan pihak pentadbiran dan warga sekolah mengurus surau dengan efisyen dan sistematik.
- Mengeratkan silaturahim antara warga sekolah
melalui aktiviti dakwah, kurikulum dan ko-kurikulum yang
dilaksanakan.
VISI
Surau Fatimah Az-Zahrah pusat ilmu
membina modal insan berkualiti dunia akhirat.
MISI
Merealisasikan fungsi surau sekolah
sebagai pelengkap pembelajaran dan memupuk nurani menuju keredhaan Ilahi.
MOTTO
Surau Fatimah Az-Zahrah, surau dalam
taman.
OBJEKTIF
- Mengimarahkan surau Fatimah Az-Zahrah dengan
pelbagai aktiviti keagamaan yang menarik dan berkesan.
- Melaksanakan pengurusan surau Fatimah
Az-Zahrah dengan efisyen dan sistematik
- Memupuk minat dan sikap pelajar memanfaatkan
surau sebagai pusat kegiatan ilmu dan ibadah
- Melatih pelajar dengan ciri-ciri kepimpinan
dan sahsiah Islamiah yang unggul.
- Membantu pelajar menyelesaikan permasalahan
keagamaan dan isu-isu semasa.
- Mewujudkan surau mithali yang menekankan
kepada budaya ilmu dan pembinaan insan.
PIAGAM PELANGGAN
Pihak pengurusan surau beriltizam untuk
menjadikan surau sebagai :
- Pengurusan yang bersistematik dan berkualiti
dalam mengadakan aktiviti keagamaan.
- Surau mithali yang menekankan budaya ilmu dan
pembinaan modal insan.
- Memastikan surau sebagai satu tempat ibadat
yang kondusif dan selesa.
- Memastikan semua pelajar muslim memperolehi
ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah yang sempurna.
- Memaksimumkan pengggunaan surau untuk
pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
- Menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh
para pelajar dalam membina modal insan yang sempurna.
No comments:
Post a Comment